Aku rasa aku lah antara manusia di Malaysia ni yang lambat merasa mendaki Bukit Broga di Semenyih nun. Dalam hati kata aaaa 400 meter tak tinggi sangat. Alaa bukit je pun bukan gunung. Sekali dah naik, mahu taknyer mintak nyawa dekat orang sekeliling. Aku gerak dari rumah dalam pukul 5 pagi, kata konon nak tengok matahari naik. Dari Jelebu dalam 45 minit jugak kot approximately ikut cara pemanduan. Parking dalam ladang kelapa sawit bayar RM2 sekali masuk. Toksah kata la kan baru pukul 6 parking dah ponoh. Diorang ni sampai pukul berapa?
Mulakan pendakian... Mak aihh baru nak naik pergi pintu gerbang aku dah tercungap! Rasa looser gila okay dan masa tu jugak rasa menyesal nenek sebab kenapa gemuk sangat tu la makan banyak lagi semua bla bla bla. Tapi ku gagahkan jua sampai ke atas. Sampai satu tempat yang landai sikit, aku yakin aku dah nak sampai puncak tapi sekali tengok atas hamek kauuuu ada lagi 3 bukit kau nak daki. Rasa nak berguling waktu tu jugak ke bawah macam tong gas sebab woi penat kot?! Tula siapa suruh jadi gemok. Padan muka. Saat tu aku rasa orang-orang yang dah turun tu seakan mentertawakan orang-orang yang nak naik ni. Aku tanya brader sorang ni jauh lagi ke tak dia slumber je jawab dekat je lagi dik taaaapi hazab kau. Lagi 3 bukit nak daki. Kuangajo punya saudara brader (*anggapla motivasi diri)
Bukit pertama yg paaaaaling ekstrem bagi aku. Sebabnya kecuraman dah nak 90 darjah. Daki kena bantuan tali (*tali memang dah tersedia ada). Dengan orang yang ramai tu aku gigihkan jugak naik. Kalau orang depan helak tali ke kanan maka terhelak la aku ke kanan dan sebaliknya lah situasi dia. Memang menguji ketahanan fizikal dan mental terutamanya. Tapi aku kagum ada yang dah berumur dapat naik! Tu pun salah satu motivasi diri untuk aku teruskan pendakian.
Sampai puncak bukit pertama tu aku rasa nak jerit je sebab tengok ada lagi bukit yang kena daki. Aku cakap kat jiwa aku dah alang-alang penat, biar penat betul. Dah tinggi naik ni takkan nak give up terus. Teruskan pendakian sampai habis sebab aku cakap aku akan naik sekali ni je. Kalau member ajak lagi memang taubat lahum aku nak naik. Tapi kalau badan dah ringan boleh dipertimbang (HAHA).
Ni track bukit pertama. Berpusu-pusu dengan manusia. So kat sini kena lebih berhati-hati. Ada tanah berpasir jugak. Kang kot tergolek memang macam pin bowling la semua ke bawah.
Ni dah sampai puncak bukit pertama. Sekali pandang ke depan ada lagi daaaaaa. Jadi yang gemuk dan debab seperti saya yang lemah ni, BERTABAHLAH. Teruskan pendakian tanpa rasa sesalan. Dah sampai puncak terakhir confirm puas hati wa cakap sama lu. Memang view dia kiri kanan lalang. Hijau yang saaaangat cantik. Kat sini ada jugak batu-batu so bolehla berhenti ambik hongap sekejap nak bergambo.
Dannn.... nampaklah sinar bahagia bila nampak ni.................
Dah nampak ni aku tak rasa dah diri aku seorang yang looser. I've made it guys! Walaupun paras ni paras warming up je bagi pendaki gunung, tapi bagi aku ni dah pencapaian terbesar dah haha. Aku duduk nak dekat sejam kat atas ni menikmati pandangan, ambik gambar dan mencari jodoh tapi malangnya semua ada partner. Sedih haha.
Dengan sokongan group, aku dapat naik atas. Lepas ni fikir tigapat kali nak naik lagi ke tak. Mintak nyawa dah naik. Masa untuk turun! Aku la yang paling muka bangga bila selisih dengan orang yang naik. Dan paling laju turun aku lah orangnya sebab nak minum air kelapa! Kat bawah tu ada dua kedai bukak jual minum makan semua.
Jadi... berapa kalori aku bakar masa naik ni aku tak tahulah tapi yang penting lagi besar kalori dibakar dari buat kerja rumah harian. Dah kurus ke aku? Mimpilah. Masih gemuk seperti dulu. Hahaha
Bye xoxo